THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 19, 2012

sekadar pesanan untuk kaum perempuan... :)

Lelaki itu bukan BANK , jika hendak apa maen oder saja. bila dah dapat terima kasih pun tak ucap.
Lelaki itu bukan KASUT, yang kau suka hendak tukar tiap tiap hari.
Lelaki itu bukan TUNGGUL , kau datang bila kau memerlukan then kau tinggalkan dia
Lelaki itu bukan MICROFON , yang kau suka arah arah dia.
Lelaki itu bukan HARIMAU , yang garang memanjang, adakalanya dia manja seperti kucing memerlukan belaian
Lelaki itu bukan CWINGUM, bila manis kau kunyah, bila hilang manis dia kau tuiihh tuuihh dia macam tu je.
Lelaki itu bukan BADUT , untuk hiburkan kau sambil kau ketawakan dia. sedangkan apa yang dia lakukan semata untuk kau...=)

 aku minx maaf byk2 kalau ada saper2 yg terasa..think positive o

Sunday, February 5, 2012

salasiah keluarga dan sejarah nabi muhammad s.a.w


Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim


Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf


Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib


Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib


Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun


Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]


Pengalaman bekerja Rasulullah:


* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.


Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.


Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)


kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.


Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.


Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)


Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskannya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.


Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.


Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceritakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.


Salam Maulidur Rasul (12 Rabiuawal 1433)

Saturday, January 28, 2012

finally we meet up :)

asalamualaikum semua..
bg diri aku r..
tarikh 27 januari 2012..the date i will remember it..
setelah agak 5 thn x jumper ngn BFF aku,,lynn..akhirnyer aku
dapat jumper ngn dia buat pertama kali since 2007..hehe.
dah banyak kali pertemuan ktorg ni tertangguh oleh kerana kekangang masa
n keadaan x mengizin kan..tp sbnrnyer pertemuan tu pon x dirancang..first meet kt ampang point
makin sehat aku tgok dia nie..hehe..perangai pun x ubah mcm kt kem dulu..
so apa lg..ktorg mulakan operasi lah...memandangkan aku mmg totally xtau jalan sekitar kl nih..masing2 dah buntu nk lepak mane..dgn menempuh
kesesakan..sempat lagi dia nk buli aku..ya aku tau..aku amat sopan biler diatas jalan raya
so dia decide bwk aku lepak kt pavi...sampai situ pe lg..dia luahkn perasaan pasal tmpt keje dia..sedih jgk dengar tp aku nk tolong pun blom mampu...cume mampu bg dia kata2 semangat..tp aku xmau dia sedih lama2 so aku bukak citer lama mengimbau kenangan...mcm2 cerita keluar dr mulut masing2..
kalau ikot kn mmg sampai esok pun ktorg x abis bercerita
tp memandangkan mak aku tgl sorg + aku kne bgn awl sbb nk p pasar..
so about few hour la lepak ngn dia..smpt la snap gmbr..aku jugak yg minx buat..sbb bkn senang nk jumper dia slalu..biarlah ia sbg pegubat rindu...tp first time balik lewat malam kt kl..kalau kakak aku ada..kompem dia bising giler wehhh...seronok sgt2 dpt hang out dgn dia...haha..
akibat terlalu gembira sampai boleh terbawak2 dlm mimpi..da mcm berat ati plak
nk tglkn kl..tp apakah daya..aku ada tugas yg blom selesai lg...anyway beb
thanks sgt2 sbb da realisasi impian nk jumper..hehehe..insya Allah
t kalau aku dtg kl lg..kte lepak lg sama2 taw..kompem pasni x kn sesat punyer..apa2 pun take care ur self dear
lot's of love <3 ur BFF



this is it! :)


Saturday, January 21, 2012

baucer rm200 dan fenomena kedai buku..

asalamualaikum semua..
kepada insan2 yg bergelar pelajar IPT..tentu korang dah
dpt baucer rm200 ni kn..mana yg xdpt tu..cpt2 la korang tuntut 
kt IPT korang masing2..tp entri aku bkn nk citer
pasal baucer...tp fenomena yg hebat lepas budak2 ni dapat baucer..
dimana kedai2 buku yg rata2 nye agak lengang...penuh sesak..da mcm pesta
buku aku tgok..orang Q panjang jer..buku sana sini berselerak..drpd pagi sampai malam..
kalau tiap2 tahun mcm ni..seronok kn..hehe..aku x terkecuali jugak..mulanyer aku
mmg x mau gune lg baucer sbb aku da janji ngn mak aku nk beli buku sama2
tp disebabkn da rambang mata tgok buku2..apa lg..terpaksa amik lah..takut2 kalau
lambat beli..nanti abis plak..
so aku mmg drpd dulu aim satu buku nih..LAWAK KAMPUS..
kompilasi drpd majalah gempak..
tu pon member aku tunjukkn..hehe..buat masa ni aku cume beli
2 buku..sebenarnye 2 buku x sampai rm50 pon..xpasan plak
buku tu ada less price..tp apa2 pon
korang gunekan la baucer buku tu sebijak2nyer k..


Sunday, January 15, 2012

next target..

asalamualaikum semua...haa...entri kali ni aku nk bg taw apa next target aku
pas aku abis blaja nanti..aku xdpt nk rungkaikan dengan kata2...cukuplah ngn gmbr2 aku upload nieh..n 
korang paham2 sendiri jela ea :) 





sebenarnye lebih drpd tu lagi aku nk..tp buat mse ni..mungkin ni jela yg aku
dapat listkn...

ya Allah..moga2 apa yg aku inginkan mcm gmbr2 di atas dapat aku capai 
suatu hari nanti...amin...
:)


Thursday, January 12, 2012

azab seseorang meninggalkan solat..

6 Azab di dunia

1- Dihilangkan keberkatan umurnya
2- Tehapus tanda-tanda orang solleh di mukanya
3- Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4- Doanya tidak dimakbulkan oleh ALLAH SWT
5- Tiada doa daripada para solihin untuknya
6- Keluar roh dari jasadnya tanpa IMAN

3 Azab ketika hampir mati

1- Kematianya penuh kehinaan
2- Kematiannya di dalam kelaparan yang hebat
3- Kematiannya di dalam kehausan yang dahsyat

3 Azab di dalam kubur

1- Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2- Dinyalakan api di dalam kuburnya lalu ia dibalik-balikkan di-
atas bara api itu.
Datang seekor ular bernama Syujja’ Aqra, suaranya laksana
petir, ia berkata, ” Hai manusia! sesungguhnya aku diperintahkan
menyeksa kamu dari zohor hingga asar kerana kamu meninggalkan
fardhu zohor, dari asar hingga magrib kerana meninggalkan fardhu
asar”….Begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari
qiamat.

3 Azab ketika bertemu ALLAH SWT

1- Datang malaikat dengan rantai panjang 70 hasta lalu membelenggu
lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar
rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2- Tiada rahmat ALLAH dan tiada keampunan untuknya.
3- Baginya azab yang amat pedih.

Akibat kepada sesiapa yang meringan-ringankan ibadah solat.

1- Hati cenderung kepada maksiat
2- Memandang ringan kepada perkara-perkara yang berdosa.
3- Suka berfoya-foya dan boros.
4- Terhindar dari berkat doa-doa orang yang soleh.
5- Hilang keberkatan usia

kesimpulan:marilah kita tunaikan kewajipan sbg seorg muslim..melakukan apa yg diperintahNya dan meninggalkan segala laranganNya







Sunday, January 8, 2012

hargai IBU anda...bacalah.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu