THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, April 13, 2012

kerja + hijrah...

asalamualaikum kwn2...sebelum nk muler study utk paper esok...aku nk tulis skit entri ari nieh..
aku x taw knper sedang2 aku tgh cuci kete..tiba2 aku terpikir pasal nieh...
nieh berkenaan dgn apa yg aku nk buat lepas abis study..yup...lepas abis study..of cuz la nk keje kn..
pasal safety tu..aku ingat nk hold dulu la kot...aku nk cari pengalaman keje dulu....hmm sebut pasal keje nieh..
aku ada search kt jobstreet.com.my...carik yg maner berkenaan ngn jurusan aku amik skrg nieh.

mula2 aku nk carik kt kuantan...carik punya carik...tp amat menghampakan kerana bahawasanya lubang keje at least as a technician..terlalu terhad...sampai dah x der pilihan lain....nk kata xder kilang...kt kuantan boleh tahan bersepahnyer kilang2..especially kt kawasan gebeng la..lg la byk kilang yg rata2nyer ada lah kepunyaan company2 besar...kt pelabuhan pun cam tu gk..hmmm..xkn xder kot lubang keje mcm nieh kt sini...

last2 aku carik kt kawasan lain..majority byk kat kl..johor..ngn penang...hmm...tiga2 tmpt tu semuanya
bandar2 besar..pkr plak life cost tinggi la rasanya...tp ok jugak..ini la satu cabaran kalau nk hidup tmpt org...
dlm tiga2 tmpt..aku rasa mcm nk apply keje kt penang...hahaha...giler ah...nmpknya x lama lg aku jd org utagha la plak kn....biler aku ckp benda nieh kt mak aku..mak aku oke jer..as long kalau rezeki kt situ...
just go on jerla...

satu faktor naper aku pilih penang..sbbnya aku inginkan kelainan..aku sebenarnya x suker benda yg sama..
aku x nk duduk kl sbb aku da familiar sgt kt situ..g pun...dah la jalanraya bersepah ngn toll..eii xmau la aku...
satu lg at least aku lg dkt ngn sedara2 aku kt kedah tu...hmm as long boleh la tiap2 bulan balik kg ker..hehehe...sbnrnya bkn sekali 2 aku pegi penang pun..ada la lebih 3 kali...seronoknyer x terhingga sbbnyer
suker tgok org..makanan..tmpt2 kt sana lg menarik...

aku sbnrnyer mmg xboleh nk stood up kt kuantan untuk jangkamasa lama...drpd aku pindah sini sejak akhir 1999...sampaila skrg..mcm xder benda jer yg ada kt kuantan nieh..kurang2 nmpk naik pun ecm jer..g pun life sini mcm terhad sgt dr segi sosialist nyer...aduhhh...camner nk berkembang pala otak nieh...sorry la org2 kuantan..bkn nk kutuk..aku pun org kuantan jugak....

so thats it..aku mmg perlu berhijrah utk masa dpn aku jugak...tp aku xkn lupakan asal usul aku juga bahawasanya aku mmg org kuantan...sekian... :)

Saturday, April 7, 2012

sorotan seminggu

asalamualaikum kawan2...fuh..apa citer korang skrg??baik2 kali nieh entri aku len skit..sbb
nya nk bg taw aktiviti dikala saat2 terakhir nk tglkan kolej nieh...sebenarnya ada beberapa aktiviti dlm seminggu tuh..mulanya aku nk post satu2 tp aku x larat nk tulis citer panjang2..so aku combine kn skali dalam 1 post..molek gitu...

okeh..dimulai dgn program grooming course a.k.a finishing course pada 31hb mac lepas..course ni khusus
tuk pelajar last semester dikelola oleh hijrah jitu sdn bhd...so pengisian dia adalah memberi panduan
kepada pelajar2 tentang alam kerjaya drpd proses cari pekerjaan sampai lah buat resume..
bg aku..course ni mmg amat bgs dan penceramah dia mmg sporting walaupun pd mulanya
sekali pandang..dia agak serius...skrg baru lah aku taw betapa susahnyer nk buat resume nieh kn..
langsung xboleh cincai walau seinci skali pun..apa2 pun...sedikit sbyk boleh la dpt gambaran sbnr nanti
bila da keje...

pada 4hb april...course DDEKP ada buat aktiviti luar kt de rhu..ala2 family day gitu la..,rasanya dah kali keberapa course ktorg buat aktivit kt situ....sepanjang hayat 
aku berada kt ikip nieh la kn..nieh la first time aku rasa aktiviti yg paling gempak
penah aku join...lg pun yg buat nieh mostly junior2 aku..aku yg senior nieh join jer...
mcm2 la ktorg main..tarik upih lah..tarik tali la..boling kelapa la..tp yg paling best
of coz mandi kt kolam..nah amik kaw...mandi kolam x ingat dunia dah...esok2 bgn tgok cermin
mke hitam legam jer...hahaha...xmau citer la...korang tgok lah pic2 ktorg kt de rhu
(gambar akan di uploadkan nanti)

Monday, April 2, 2012

‎12 jenis perempuan single


1. Pencari Teman Hidup
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.

2. Bangkit Semula
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.

3. Tak Peduli
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.

4. Menunggu
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.

5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya. 6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.

7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.

8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.

9. Ingin Perbezaan
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.

10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.

11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.

12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.