THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, January 6, 2012

penangan TELUR REBUS....muahahaha...

BACA SAMPAI HABIS. BEST!!
Aku baru berkahwin setahun
yang lepas dan
duduk dengan isteri aku. Kami
duduk berdua
sahaja sebab belum
dikurniakan anak. Aku ni ada
satu kegemaran, iaitu makan
telur rebus. Aku pun
tak tahu kenapa aku suka
makan telur rebus, sedap
agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku
memang gila telur
rebus. Pagi petang siang
malam makan telur
rebus. Tapi semenjak aku
kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku
ini. Lama juga aku dah tak
pekena telur rebus ni
sebab orang rumah aku
masak sedap-sedap.. so
aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas
masa aku balik kerja,
tiba-tiba kereta aku rosak..
aku pun telefon bini aku
dan kata aku balik lambat
sebab kena menapak.
Sebab lapar aku pun singgah
satu kedai makan
tu... ada telur rebus lah.. aku
pun makan nasi
dengan telur rebus.. lepas tu
aku order telur rebus
lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus
lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan
balik nanti. Tiba jekat
rumah aku rasa amatlah
kenyang.. maklumlah
balas dendam sebab lama tak
pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk ke
rumah, isteri aku tiba-tiba
cakap dia ada 'surprise' untuk
aku malam ni. Dia
suruh aku tutup mata dengan
kain hitam yang
diikat kemas dibelakang
kepalaku. Dan dipimpinnya
aku sampai ke meja makan.
Aku duduk dikerusi dan
isteriku pesan jangan cuba
buka. Aku nak pergi toilet
sebab perutku mula buat
hal, tapi malaslah nak
spoilkan 'surprise' isteriku ini.
Aku pun tahan ler... Tetiba
telefon berbunyi,
isteriku pergi
mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun
melepaskan kentut
yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh lega
rasanya... bau boleh tahan...
maklumler berapa biji
telur ntah aku bedal tadi...
Alamak.. ada lagi satu
la.. aku pun angkat sebelah
punggung dan
lepaskan satu das lagi..
bunyinya PROOOTTT...!!! ..
fuh bau jangan cakap beb..
aku pun tak tahan bau
dia... aku kipas pakai tangan
angin dia kasi kurang
sikit bau dia... adalah macam
bau telur tembelang
sikit.. Tetiba aku dengar bunyi
telefon berdering
lagi... hai lamanya tunggu
isteri aku ni, aku tak
sabar lagi ni nak tahu surprise
dia ni.
Aku terasa ada lagilah, kali ni
memang aku rasa
power punyalah.. aku kumpul
dulu kasi padu..
lepastu aku bangun,
tonggeng sikit dan lepaskan
angin taufan tu...
PRRROOOOOTTTTTTTT....!!!!!!!!!!...
fuhh lega... bergegar sikit
meja makan dibuatnya...
peh tak tahan aku bau dia
power gila.. aku tutup
hidung aku.. aku rasa bau dia
ada sikit-sikit macam
bangkai la.. mau mati bunga
atas meja makan aku
ni.. sambil tu aku sebut
'ahhhh.... lega...'. Adalah
dekat 5 minit baru bau
bangkai tu hilang..
Lepas tu isteri aku kembali
dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata
'SURPRISE!! HAPPY
BIRTHDAY!!' dan suruh aku
buka kain penutup
mata aku.. laaa birthday aku
hari ni le... camne
boleh lupa ni.. Aku buka le
kain penutup mata aku..
mulutku terus melopong...
ALAMAK..!!!
Benda pertama aku lihat..
muka merah padam pak
mertua aku, mak mertua aku,
adik ipar aku dua
orang, duduk keliling meja
makan. Bos aku dengan
jiran sebelah rumah aku pun
ada..! jadi aku pun
nak cover malu, aku tanya la
kat pak mertua aku..
'dah lama ke pak sampai?'..
Dan pak mertua aku
pun jawab.. 'Dah lama.
Sebelum kentut pertama
lagi!!


0 comments: