THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 26, 2011

azam baru 2012

asalamualaikum...korang pekabor..?sorry la aku da
lama x update blog..biasa la..sejak start sem ni..aku da mula sibuk skit
tambahan plak aku skrg kekeringan idea nk tulis blog..
hahah...apa2 pon..sedar x sedar..tinggal beberapa hari je lagi 
kita nk melangkah ke tahun 2012...hmm..tahun yg dikata kan pelbagai
peristiwa dan misteri yg dasyat akan berlaku..nk percaya 100% pun xboleh jugak..
tp kita cuma boleh amik itu sebagai iktibar dan peringatan buat kita
lebih dekat dengan Allah S.W.T...
tp entri aku nk buat bkn pasal peristiwa..tp tentang apa azam korang untuk 2012..
kalau korang tanya aku..apa azam thn dpn..aku blom berani
nk ckp sbb azam tahun ni pon mcm x tertunai je lg...hehe..mungkin
aku akan bawak azam tahun ni ke tahun dpn..insya Allah..dengan izin Nya
tp azam yg aku betul2 tgh nk capai iaitu abis kn blaja..sekurang2nye tahun depan
aku boleh peroleh segulung diploma...insya Allah..
aku doakan kita semua dapat mencapai apa yg kita ingin kn selama ini untuk tahun dpn
dan semoga kehidupan kita lebih baik drpd sekarang..insya Allah...
sekian :)

Thursday, December 15, 2011

from zero to hero... :)

asalamualaikum..huhu...lama nyer aku x update blog nieee...
apa2 pon aku cumer nk luahkan betapa ari semalam merupakan hari yg paling gembira dalam
hidup aku...hehe..nk tau knape??haa...smlm aku br je selesai  register untuk
semester baru...wah...aku x tau lah
kenapa aku boleh jadi setenang mcm ni...padahal org lain
g daftar..mcm2 air muker aku boleh nmpk..
gembira..sedih..nangis...huh...mcm2 lg la
apa2 pon lepas isi borang...punyer la nk cepat sampai terskip
satu kaunter untuk amik result..haha...cuak nk mampus rasanyer...
after that.. dengan dimulai dgn bismillah...
jeng3....
alhamdulillah...lulus semua subjek...pointer toksah tanyer la...
x dekan pon...tp apa2 pon...
aku skrg berada di semester terakhir....br skrg ni aku da boleh rasa
aku dah nk abis blaja....fuhhhh....
harap2 last semester ni aku nk target pointer at least above 2.5...
amin... :)

Saturday, November 26, 2011

doa awal tahun

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Tuesday, November 22, 2011

harimau malaya mengaum lagi..

asalamualaikum..
alhamdulillah x terlambat untuk aku ucapkan setinggi2 tahniah
buat pasukan bola sepak malaysia yg berjaya
mengalahkan pasukan indonesia
seterusnya,mempertahankan pingat emas 
yg dimenangi 2 tahun lalu...
pelbagai ranjau,halangan serta cabaran yg amat perit
untuk dilalui oleh skuad bola kita..
antaranya terpaksa naik baracuda untuk ke stadium
atas faktor keselamatan mereka
memandangkan penyokong bola sepak indonesia begitu fanatik...
x cukup dengan itu..jurulatih ong kim swee plak kne duduk di bangku penonton
disebabkan penggantungan di bahagian bangku teknikal
tapi...dengan doa dan semangat seluruh rakyat malaysia..
kita berjaya menutup mulut mereka drpd ejekan dan caci kepada skuad bola sepak
negara...
apa2 pon...tahniah kepada semua permain yg bermain mati matian 
untuk negara...syabas....!!!


Wednesday, November 16, 2011

cuti sem bermula..

salam..huhu..lama dah aku x terjah blog aku nieh...
maklumla..aku bz ngn final exam aku kn..
so skrg aku da abis exam..
apa lg..bermula la cuti sem aku...
selama sebulan aku akan bercuti 
singkat ke cuti aku??yaa..overall mmg singkat..
tahun ni..mmg cuti semester aku singkat...
last sem aku dulu cume 3 minggu jer...haha
terhebat....tp
apa2 pun perasaan nk abis blaja tu membuak2..
sbb semeseter depan semester terakhir aku...
wahh..x sabar tul nk grad...
dlm pd masa yg sama
aku takut gk mcm maner result aku kali ni
minx la semua lepas..aku yakin..semester ni
mmg aku da bole fokus 100% dlm pelajaran
x mcm semester dulu...
doa2 kan semua nya berjalan dgn lancar...
SELAMAT BERCUTI..huhuhu

Friday, November 11, 2011

11.11.11

asalamualaikum...sorry lama sgt x terjah blog nih
maklum lah aku skrg mmg agak sibuk skit
sbb aku tgh final exam..
tp skrg curi2 masa nk tulis post nih
kali ni berkaitan dengan tarikh hari ni..
11.11.11...
menarik bukan...??mungkin tarikh ni
hanya sekali je kita akan jumpe dlm seumur hidup kita
dalam facebook..mahupun twitter
semua org memperkatakan tentang tarikh itu
tp..apa yg ada disebalik tarikh itu??
haa..sebenarnya..dalam islam tarikh itu 
tidak membawa apa2 makna sekali pon..
cuma istimewanya..ia nya jatuh pada hari jumaat..
penghulu segala hari
bahkan salah satu ustaz yg terkenal
iaitu ustaz azhar idrus menjawab segala persoalan tentang tarikh itu
ini jawapan drpd ustaz
Org yg bangga ngan 11.11.11 "Tanpa iktikad apa2 kelebihan pd tarikh tersebut tidak dosa tp bodoh" 

nampak kan..jadi tak perlu kita bangga kan tarikh itu 
kerana ianya hanyalah angka semata2..
sekian :)

Saturday, November 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA :)


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)." - Ayat-ayat cinta Allah dari Surah al-Kauthar ayat 1 & 2.

sumber: My Network

Wednesday, November 2, 2011

kisah masalah berat badan..

haha..korang ada masalah berat badan x?
jgn kata korang...yg tgh menulis pon ada jugak tau..
kali ni entri aku pasal masalah berat badan..
xpenah2 aku post pasal berat badan
sbb aku x brape amik pusing sgt tentang hal ini..
tp apa yg aku nk highlight kn kt sini
adalah mcm mana kita nk dpt kn berat badan yg ideal untuk kita..
masa aku tgh study lwt mlm...aku bukak radio IKIM
aku ada dgr satu segment..segment apa aku x ingat
diorg discuss pasal berat badan
ada sorg pakar ni..dia bg tau 
kalau kita nk tau berat badan ideal seseorg tu
mudah jer...kira ikot ketinggian (dalam cm) kemudian
ketinggian kita ditolak kn dgn 105cm..
hasilnya itu la berat bdn ideal kita..
korang cuba la sendiri ok??

p/s: aku da kira...dpt 59kg..tp berat badan aku sbnr 85kg...
wahaha...mcm maner nih... :(

sekadar hiasan

Monday, October 31, 2011

pilih yg mana terbaik

LELAKI NAK CARI AWEK


ø Tak kisah laa dia freehair atau bertudung
ø Pakai seksi dan ketat satu kelebihan
ø Nak yang kulit putih jer , muka cantik tu paling dia nak
ø Tak kisah dia perangai macamana pon. Notty lagi dia suka
ø Boleh keluar rumah anytime , anywhere.
ø Nak yang gedik sana , gedik sini. Boleh pegang-pegang ~
ø Ada DARA ke takde ke tu belakang cerita. Kalau takde DARA , tu satu peluang baik

LELAKI NAK CARI ISTERI

ø Nak yang ALIM dan menutup aurat tu WAJIB !
ø Reti hormat orang tua
ø Nak yang pandai dekat dapur. Reti masak-masak
ø Tak kisah cantik ke tak janji sejuk je mata memandang
ø Nak cari yang pandai jaga maruah ! Tak boleh ada lelaki lain sentuh
ø Cari yang pandai jaga diri. Tak curang bila dia kerja
ø Nak yang SUCI jer ! Ada DARA tu WAJIB !



sekadar hiasan :)

final exam bermula...

semoga berjaya dalam menjawab
peperiksaan akhir bg semester kali ni...
semoga kita peroleh kejayaan
hasil drpd usaha serta doa..
lakukan yg terbaik demi
masa depan kita

Saturday, October 29, 2011

negeri sembilan juara piala malaysia



tahniah atas kejayaan pasukan negeri sembilan 
yang berjaya menjulang piala malaysia 2011

lagu hobin jang hobin

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang

Hobin jang hobin...3x
Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi

Hobin jang hobin...x3
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobing jang hobin...3x 
Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko 
Hobin jang hobin...3x
Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah... 

Friday, October 28, 2011

peribahasa bola sepak...


1) Stadium yang tenang jangan disangka tiada mercun
2) Piala Liga Super di negeri orang, Piala Malaysia di negeri sendiri
3) Di mana padang dipijak, di situ bola dikontrol
4) Masuk stadium memekik, masuk padang menjerit
5) Sikit-sikit kad kuning, lama-lama jadi kad merah
6) Yang dikejar offside, yang dikendong foul
7) Kalau hendak seribu gol, tak hendak seribu bolos
8) Bagai pengadil lupakan wisel
9) Alang-alang mengasari lawan, biar sampai kena buang padang

cuba kenali diri anda.

drpd gambar diatas..cuba anda kenali diri anda 
anda dalam kategori mana..renung2kn dan selamat beramal

p/s:anda boleh klik pada gmbr itu untuk paparan lebih jelas...

Thursday, October 27, 2011

4 subject left...

alhamdulillah....selesai sudah final exam untuk subjek perisian.
and secara directly dpt tau markah dan gred...
syukur sgt2..aku berjaya dpt 76 markah (gred A) dlm exam..
sebenarnya aku sendiri x expected aku dpt markah sebegitu..
lg2 aku sendiri target cuma 60 markah..
cuz bg aku subjek ni la paling susah untuk aku carry on..
maklum r..bab main C++ dlm computer ni totally aku lemah
nk2 subjek programming yg aku amik semester dulu2
dah lama aku tinggal kn..jd mmg kne recall semula lah
as a reward..mak aku belanja KFC..haha
maklum r da lama giler kot x mkn KFC...
so 1 subjek gred A dlm genggaman
tinggal lagi 4 subjek lg nk kne harungi..diz sem aku target pointer tinggi..
korang doakn aku yg terbaik ok.. :) sayang korang..


Wednesday, October 26, 2011

sekadar suka2

to lynn..thats reason nape kita boleh jd bestfriend sampai skrg kn??
 :)



Monday, October 24, 2011

kata2 org yg slalu kita dgr berkaitan dgn perkahwinan..

KAHWIN HANTARAN MURAH-"ish! murahnya hantaran dia,
ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL-"ish! mahalnya? nak jual anak apa?"

KAHWIN UMUR MUDA-"ish! muda-muda dah kawen, ni mesti ada buat
benda tak baik nih..tah-tah dah mengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT-"ish! dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda
tak nak kawen, org da beranak pinak br nak kawen..tak laku kot!"


KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL-"ish! ni kawen ke ape? kedekutnya,
makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sket!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR-"ish! besarnye majlis..kalah anak DATUK. 
nak belagaklah tu, macam anak dia je nk kawen kat dunia ni!"


kesimpulanyer: LAIN ORANG..LAIN CARANYA...

sekadar gambar hiasan.. :)





Sunday, October 23, 2011

piala malaysia...

VS

pertama2 skali aku ucapkan tahniah dgn 2 pasukan bola sepak negara 
iaitu terengganu dan negeri sembilan kerana berjaya melangkah ke final piala malaysia..
mlm td cume sempat tau keputusan sbb aku x tgok tv disbbkn sibuk ngn tugasan
tp apa2 pun..persoalannyer skrg..siapakah yg akan memenangi perlawanan bola pada 
malam itu...?nanti kan pada perlawanan final tersebut.. :)




a true friendship..


skali lg aku skype ngn kwn balik aku cik LYNN...tp aku x nk citer apa yg ktorang sembangkn
aku cume ingin berkongsi satu ayat yg membuatkan aku sedar drpd lamunan

[1:37:05 AM] lynn basri: just forget it n take a new step...
[1:37:25 AM] lynn basri: lead ur way n never look back..
[1:37:54 AM] lynn basri: and once u think that u should stop to take a deep breath..
[1:38:27 AM] lynn basri: just stop but dont forget to look around u..


lynn..trima kasih byk2 atas nasihat berguna drpd ko... :) insya Allah..aku xkn
luper perjanjian kita n pesanan drpd ko...LOVE u friend.. 

Tuesday, October 18, 2011

final around corner

aku tau..korang mesti dah muak dan menyampah ngn citer aku
sbb bulan ni aku dok asyik update pasal final exam...
so what?blog aku..sukati aku r nk tulis apa2 kan?hahaha..
sorry u all..aku gurau jela...jgn amik ati tau..aku kadang2 mmg jaat skit..
ermm..sebelum tu..aku nk ucapkan syabas ngn tahniah kt kwn2 aku yg da
konvo sabtu lepas..
tgl cume 2 mggu je lagi dkt final exam..
biler da tolak cuti weekend..cuti sultan pahang
ngn cuti deepavali....wah...tgl seminggu lagi...
walawehhh....aku x prepared apa2 lg nih...
nk2 lecturer aku buat giler...final perisian aku next week plaakkk
mati la aku...da la subjek tu paling aku benci
aku still terkontang kanting ngn perisian nih...
aduhh...harap2 la aku bole buat yg terbaik untuk subjek nih...
by the way..korang doakan aku yg terbaik keyhh...

Saturday, October 8, 2011

this is what i get it...

adoii..penat3....haha..selesai sudah larian ivory anjuran kolej aku..
korang jangan risau la..aku xde menang pon..
tp alhamdulillah..semua nyer berjalan ngn lancar...
so apa yg aku dpt drpd larian..

1.aku hilang berat badan sebanyak 3 kg..aku xtipu woo..lari 7km + naik jambatan..
2.aku bole tgok acara drift lebih dkt...
3.at least dpt menyihatkan dan mengembangkn metabolisma badan

nk tgok gmbr???nah 

thats all.. =)

Friday, October 7, 2011

236...

aduiii..setelah banyak kali dipertimbangkan..
akhirnya aku join jugak ivory run yg dianjurkn oleh kolej aku..
kalau nk ikotkn aku..aku maleh nk join lari2 nih
maklum r..badan pun da makin besau
so aku x brape nk fit sgt..paling komang pun joging jela
larian ini sejauh 7km merentasi jambatan tanjung lumpur....
aku pun x tau dia punyer flow route tuk larian ni
tp start n finish at the same point...
aku join pun sbb demi carry mark...
hmm...apa2 pun..cube yg terbaik..mana taw kot2 dpt grand prize...hehe..who knows..?

blue shirt...



Thursday, October 6, 2011

ready to final exam....

ini adalah tarikh2 final exam aku lepas tgok kt web

1/11/2011-elektronik 2
3/11/2011- teori litar 2
12/11/2011-elektrik kuasa
14/11/2011-fizik

alhamdulillah..jadual xder la padat sgt kali ni...ada ruang tuk aku study lebih skit.. =)
hopefully boleh la try skor subjek2 tuh..amin...

Tuesday, October 4, 2011

rasa sayang


rasa sayang eh
rasa sayang sayang eh
eh lihat nona jauh
rasa sayang sayang eh

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan di kandung tanah
budi yang baik di kenang juga

dua tiga kucing berlari
mana sama si kucing belang
dua tiga boleh ku cari
mana sama abang seorang

pisang emas dibawa berlayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh di bayar
hutang budi di bawa mati

Sunday, October 2, 2011

less than 1 month to go...

alu semua.....
entri kali ni mcm biasa...da dkt2 akhir semester ni apa lagi..
final exam pun akan menjelma kurang drpd satu bulan lagi..
jgn tnye pasal preparation aku..sbb kalau korang tnyer pun
preparation aku pon x sampai 50% lg..
sbb aku nk cube abiskan assignment yg bertimbun2 mcm menara klcc
walhal xde la byk maner pun..haha..provakasi je lebeh kn aku nih
so kali ni aku rasew lebih tenang menghadapi final 
sbb xder tekanan yg dtg kat aku
wlaupun masih ada lagi naik turun semester nih
tp xder la seteruk yg lepas2...
apa2 pun...aku cube yg terbaik tuk final nih
bkn nk kejar dekan or apa2 pun
cume nk bg lepas semua..
yelah diz is my final yr kt kolej nih
brape bulan je lg nk abis blaja....adehh..
hopefully aku dpt skor lulus semua subjek pun kre alhamdulillah...
 =)

Saturday, October 1, 2011

apa aku nk buat pas abis blaja nih...

asalamualaikum..
huu..pekabor semua..sorry la br kali ni dpt online sepenuhnyer..
hehe..hmm kali ni story len skit r
ni semua pasal masa depan aku 
pejam celik pejam celik 
semester aku da nk sampai penghujung nyer
tinggal beberapa bulan je lagi aku menamatkan pengajian aku..
x sabar rasanye..tp nk lakukan nyer bkn semudah yg di sangka..
perlu bykkn bersabar dan tabah hadapi dugaan..
tapi entri ni bkn nk citer pasal pengajian aku..
tp apa yg aku nk buat lepas aku da abis blaja
aku skrg da byk pilihan..sama ada aku keje dlm bidang aku blaja skrg..
atau pun join niosh tuk beberapa bulan..
tp tu la...kalau aku dpt peluang blaja lg..
aku nk amik design plak..aku xmo blaja lektrik lg...
kadang2 sakit kepala gk belajar..nk2 elektronik
now..aku da boleh set mana yg terbaik tuk aku..
aku da xnk ulang kesilapan yg lampau
diploma pun da ada depan mata...
doakan yg terbaik tuk aku k..

Friday, September 23, 2011

??????

asalamualaikum ebri badi...hahah(rosak spelling english aku)
lama gk aku x update blog nih
yelah....maklum r aku skrg bertambah2 bizi skit
nk2 plak..internet kt umah masih lg di potong sbb x bayar...
ya Allah..Tuhan je tau betapa bosan nyer bile xdpt online
tp skrg i must accept it cuz 
at least..bole la aku tumpu ngn study skit....
ari ni xder apa2 entri pun..
cume just nk keep on update blog ni...so xder la bersawang plak blog aku kn...
ikot korang lah nk singgah blog aku or x..
kata aku...
TIADA PAKSAAN ATAU HALANGAN.. =)

Saturday, September 17, 2011

vacation to terengganu

sempena cuti tiga hari ni...
aku berkesempatan bercuti di terengganu
trip kali ni ke ibu negeri terengganu iaitu kuala terengganu..
da lama aku x pegi sana....last skali pegi x silap aku thn 2008 mcm tu r
kali ni trip ngn family aku..
pegi pon xlama...satu hari jer...sbb ahad kakak aku nk balik kl..
jd at least..aku dpt tenang kn fikiran sket
hehee...so tmpt menginap kali ni kt felda residence 
org kata bangunan ni paling tinggi kt bandar nih...
viewing dr bilik aku pon cun jugak..boleh nmpk seluruh bandar KT..
tp x pegi mana2 sgt sbb aku pegi pon
mostly kedai tutup....pasar payang pon brape kerat je yg bukak...
g pon sampai kt KT pon da lewat...byk masa duk kt hotel jelah..
apa2 pun...kalau nk tgok gmbr..nanti aku upload kn...tp x byk la kot...
sb aku jenis x ske bergambar...hehee...tunggu yer

Thursday, September 15, 2011

salam 1 malaysia

selamat menyambut hari 1 malaysia.

Wednesday, September 14, 2011

seminggu tidak bersua...

asalamualaikum....
huhu..pekabor kamu org semua.. 
sorry la...lately aku x update blog ni dkt seminggu
semua ini gara2 internet aku kakak aku x byr lagi..
last2 kena potong....huuu...
rasa rindu x terhingga nk online..
kalau sehari aku x online...
mcm da mati kutu aku dok dkt rumah
nk hang out...kt kuantan nih..
ada apa je tmpt lepak dia selain pantai TC
yg menjadi tmpt lepak para2 remaja especially dak2 kolej aku...hahaha
apa2 pon..aku just nk ckp..aku RINDU ngn korang jer...
hee...hopefully korang semua nyer dlm keadaan ok... =)

Monday, September 5, 2011

COUNT ON ME-BRUNO MARS




If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
http://www.elyricsworld.com/count_on_me_lyrics_bruno_mars.html
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

You can count on me 'cause I can count on you


Sunday, September 4, 2011

telinga masok serangga....

waaa...mcm2 dugaan aku dpt sepanjang raya ni tau
asal nk beraya umah org je ada je halangan nyer
first2 nk g..aku x berapa nk cehat...
second ni plak....seekor serangga yg x diundang masuk dlm tlinge aku..
wah...korang..aku tau...x payah baca isi
korang baca tajuk pon mesti korang gelakkn..??
huu..tp tu la hakikatnyer...
menda ni terjadi masa aku nk g beraya umah member aku sorg ni kt permatang badak
ada la seekor lalat(mungkin kot) dok terbang dlm kete aku..
masa tu mmg aku malas nk bukak tingkap...
nk2 plak kete aku br je 2 hari tinted...
tp sbb da x tahan ngn natang ni dok hulur hilir....
aku bukak la tingkat pelan2...tp last2 seluas2 nyer...
tp natang ni mmg dasar BODOH BIN BANGANG BIN BENGONG la..hahah
sebesar2 tingkap aku bukak...
lubang tlinge aku jugak dia masuk..
wahhhhh..aku menjerit la....da la aku x tahan ngn dia meronta2 nk lepas diri..
sakit giler kot gegendang..huu..
aku tros g hospital..mengharap kn natang ni dpt bwk keluar dr tlinge..
tp tunggu doc plak..mmg lambat giler la plak..
ramai plak pesakit kritikal time tuh..
jumpe misi...tros taruk minyak dlm tlinge aku...
huu..xper la..pekak sebelah skit kot rasanyer...
mujur x pekak tros...hahaha....
ngeri2..sbb ni la first time aku kne mcm ni...hee...mcm2 la nal nih...

p/s: aku da fobia ngn natang bernama serangga terbang

Thursday, September 1, 2011

alhamdulillah....

asalamualaikum...hehehe..lama nye kte xjumpe kn...??sorry la aku mmg totally x online
sepanjang aku balik ke kl...hahaha...tp first2 skali..x terlewat untuk aku ucapkn
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
aku rasa tahun ni punye raya paling bermakna dalam hidup aku 
kegembiraan aku mcm dah pulih kembali..
duet raya pon..not bad la..hahah
tp yg paling penting...
aku dah berbaik semula ngn sorg kwn aku..
mulanyer aku was2 nk msg dia nk minx maaf...
sbb aku takut dia masih marahkan aku lg...
so pada mlm raya aku msg dia.. aku terangkan situasi sebenar...
dia reply
berdebar2 jugak nk baca msg..
alhamdulillah...dia dah maafkan aku
yg paling buat aku gembira..dia terima aku semula sebagai kwn
akhirnya Allah dengar doa aku selama ini...
hampir2 gak aku mengalir air mata pasal ni....
kepada zt...thanks sbb maaf kn sy dan terima sy sbg kwn awk...janji sy...kita jd kwn yg terbaik taw..... :)
dan semua kwn2 aku skali...terima kasih sbb wish raya kt sy...
minx ampun kalau aku ada byk buat salah n silap k..
hee...sayang korang!

P/S: sorry la posting aku agak carca marba skit sbb aku tgh x brape nk sehat...ayat tunggang langgang skit
kalau x paham..buat2 phm jela yer.. 

Thursday, August 25, 2011

this is it....

haha...penantian nk dpt baju raya akhirnye berakhir...
aku x jangka pon aku dpt awl2..sbb aku ingat nk beli masa aku balik kl nanti
siang td kakak aku ngn mak aku berkesempatan carikkan jugak 
baju raya tuk aku...haha..aku minx thn ni kaler purple..
mmg thn ni aku nk kaler purple...
kebetulan lak sama ngn warna baju raya mrs red bird aku..
wah...sedondon la kita nanti....hehehe
dah..aku xmau citer pjg2...
nah aku bg korg tgok pic jela..tp sory la..x braper nk terang pic tu
maklum la..gune kamera henset murah...hehehe


tadaa....lawo x???bek korang jujur...hahaha...

Monday, August 22, 2011

siapakah lelaki idaman wanita itu?


✔ Yang menghormati ibunya,
✔ Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya,
✔ Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
✔ Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami islam,
✔ Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,

~> Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju ke akhirat :)
 
p/s: aku sendiri x tau sama ada aku mampu menjalankan tanggungjawab seperti di atas
tapi aku akan cube buat yg terbaik....amin..

hang sokmo....

errr...tajuk tu make sure korang sebut betul2 yer...
hang(bhs komputer merujuk kepada sesuatu yg tersangkut)
aku x tau sejak akhir2 ni mozilla aku ni kerap kali hang setiap kali aku surf internet
tp mmg aku dgr ramai org ckp mozilla yg baru ni sememangnye byk masalah
aku pon bkn tau sgt..men tibai je download version baru...
kalau aku tau..baik aku gune yg lama..xpon google chrome..
kadang2 naik mental aku dibuat nye nk2 aku tgh chat ngn kwn2 kt muke buku
benda alah ni buat hal..
haih...ni payah nye lau terlalu berat sgt..
alamatnye kne format..n better aku gune GC drpd gune mozilla...


tinggal 4 hari saje lg...

minggu ni merupakan minggu terakhir kita berpuasa sbg muslim..
pasti ramai di antara kita yg da mule shopping raya..
especially baju raya..seluar raya..kasut raya
dan bg yg ske hias rumah tu..ada je benda baru dok masuk dlm umah
langsir raya..perabut raya...
alahai..semua raya laaa..hahaha

dan aku sebagai student pasti ramai tertunggu2 cuti midsem kami yg akan bermula minggu ni
tp yg x syiok nye...x semua student cuti sama2 ngn kami...
ada yg cuti 2 minggu...pehh...not fair lah..
aku harap sgt la kelas waktu jumaat xdew langsung
aku pon balik gk kg walaupun hakikatnye balik ke bandar..hahaha
thn ni bertuah sbb first raya kt kl...tp raya kedua mmg aku da balik kuantan..
xbole dok lama2 kt kl..buntu aku dibuatnye

n btw..kepada yg memandu dan menunggang sepanjang raya ni
aku nasihatkn supaya hati2 di jalan raya
pandu cermat..jgn pecut.. peacee!!

Sunday, August 21, 2011

kad raya baru...

aku baru je siap design kad baru untuk aku letak dalam facebook..
design lama aku hilang..haih..silap plak aku delete ari tuh..
mulenye aku da buntu gmbr maner la yg sesuai tuk buat kad raya..
sbb byk gmbr x sesuai + aku ni jarang nk bergambar sorg2..
kebetulan plak member aku..ABOH..tag gmbr aku..
so aku tgok gmbr tu sesuai..
hahah..sorry la korang..gmbr tu zaman mude aku (zaman kurus)...skrg da xmcm tu
skrg da mcm belon sikit la..hahaha....
apa lagi..aku amik gmbr tu..
edit punye edit...haa..ini lah hasilnyer..
design x brape lawa maner la..tp tu la yg termampu aku buat..
nk buat design gilew2 aku mmg x reti
main copy n paste je...hahaha..
aku gune software photoscape nk edit menda alah ni..
huu..hope korang suke la yer....ok la.sekian... =)

Saturday, August 20, 2011

10 malam terakhir di bulan ramadhan

Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr
Cukuplah saban tahun kita mengorbankan 10 Malam Terakhir Ramadhan dengan persiapan Hari Raya, berlepak-lepak, dan bermain mercun bagi kanak-kanak. Cubalah kita persiapkan awal-awal lagi persiapan raya itu agar kita dapat menumpukan perhatian pada 10 Malam Terakhir Ramadhan tahun 2011 ini. Apasalahnya kan?
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)
Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu 'Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-'Izzah yang terdapat di langit dunia/pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; "Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya".Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama' berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.

Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi 
 persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ



"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan"
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah R.A)




sumber daripada: www.iluvislam.com



Thursday, August 18, 2011

RED BIRD

yey...burung sy da ada nama....nama dia RED BIRD...ada org 
bagi nama tuk dia..thank u cik JUE sbb bg nama kt burung sy nie..

n also thanks sbb teman sy borak2..walaupun awk tgh bz buat assignment..tp awk tetap layan
omelan sy..hehehe...<3<3<3 kamoo

Wednesday, August 17, 2011

majlis buke puasa kos DDEK

alhamdulillah...smlm ada majlis buka puasa bg kos DDEK
kt ikip 3...event ini sebagai ganti kepada sesi suai kenal yg kali ni x dpt di buat pada semester ini
berbanding semester sebelum nya..namun begitu..majlis berkenaan berjalan dgn lancar dan jaya nye..
tp yg x boleh blah..aku..zue ngn eika paling lmbt sampai..ngam2 ktorg sampai azan da berkumandang
sempat lg berseloroh ngn dorg dlm kete...kalau kita lambat sampai..kita buke dlm kete..
maklum r ..kebetulan aku bwk kn kuih muih tuk majlis ni...
tp seronok gak sbb bile aku letak kuih tu atas meja
sekelip mata da abis..hehe..laku gk kuih aku..

majlis tu berakhir sekitar jam 9 mlm..ternyata walaupun majlis tu diadakan secara sederhana..
tp tetap meriah..iyelah..nk2 diz year merupakan last majlis buka puasa bg student2 tahun akhir mcm aku ni..
so mmg x akan lepaskn peluang semua tu sbb mungkin pas ni da xde majlis2 mcm gini lg pas da abis blaja..
apa2 pon..tahniah kepada semua kerana sama2 menjaya kn majlis ini...


nah..ini gmbr kitorang warga ddek semasa majlis buka puasa..meriah kn???yg pakai baju biru gelap tu la khairul..tukang amik gmbr kitorg..apa2 pun terima kasih byk2 kt dia sbb jd photographer kitorg...

Monday, August 15, 2011

senarai nama kuih-kuih yg unik

Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek 
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput

Sunday, August 14, 2011

fenomena angry birds..


BURUNG MARAH..dalam english ANGRY BIRDS...skrg dah jadi fenomena dikalangan budak2 skrg
bukan budak kecik je..malah baya2 aku pon suke ngn angry bird
termasuk lah yg tgh menulis nih...
angry birds ni kalau di ikut kn masih lagi baru dlm kalangan permainan interaktif..
tp disebabkan faktor reka bentuk burung yg bulat dan menarik membuatkan
ia menjadi cpt popular...apa keistimewaan angry birds ni??

sbnrnya angry birds bg pandangan aku x de la istimewa maner pon..
games dia pon biasa2 je..
misi games ni nk bunuh khinzir hijau yg dok ngacau burung ni..
hehehe...yg lawaknye kalau xdpt bunuh khinzir tu..
khinzir tu akan gelak kt burung2 tu..
buruknye khinzir gelak...

haaa...di sebabkan penangan angry birds ni...nah...aku da gantung angry birds dlm kete...
time driving mmg aku akan tersenyum tgok benda ni bergoyang...




Friday, August 12, 2011

saga FLX CVT....

hehehehe....gembira sgt2 setelah menunggu semalaman
akhirnya dapat jugak aku pandu uji saga CVT nih.
sekali lg aku berkunjung ke showroom proton kt jalan beserah.
dan sekali lg abg isan jd peneman aku masa test drive tu..
tp bkn aku berdua je..aku ajak member baik aku..si ABOH..
aku sje ajak dia sbb aku nk bg dia taste sendiri CVT tech..
kalau stakat aku citer kt mulut..letih la aku..
ok back to the topic..aku nk citer secara detail tentang saga FLX nih..

secara jujur dan ikhlas aku ckp...saga FLX lebih baik drpd saga2 sebelum nya..
first impression bile aku bawak kete ni..mmg amat mengkagum kn.
bkn nk kata apa...dr segi pick up dia..
ia lebih baik
sbb ia x memerlukn pemandu tuk tekan minyak dgn kuat bg kete tu pickup..
terdapat 2 function kt gear box dia..sama ada CVT dan SAT..adoii...apa benda plak SAT tuuu...
SAT tu maksudnye Stepped Automatic Transmission...
dgn kata mudahnyer...kita set button SAT tu..dia akan tukar mod kepada 6-speed..
seronok kn..???
lg ciri2 tambahan yg xde kt saga sebelumnye sistem ABS ngn EBD...
pas tu yg lain2 tu sama je spec mcm saga FL aku..

mmg berbaloi2 sape yg dpt memilikinye...serius aku ckp..
aku pon jeles sbb kete saga FL aku xde 2 benda alah tu..
xper lah...aku gune je..janji boleh jalan..
apa2 pon..tima kasih byk2 kt abg isan sbb kasi aku ngn aboh peluang tuk cube produk br nih...

nah la..aku kasi korang tgok gmbr sbg tatapan korang..


 
aku drive dulu...
saga FLX
turn si aboh yg drive..
tp apa2 pon..aku sayang lg saga FL aku skrg nih..

Thursday, August 11, 2011

pandu uji 2..

sambungan citer td...
bile aku tnya kt abg isan bleh test drive FLX tu..
dia ckp esok br bole sbb kete tu org tgh nk siap pasang sticker 
adooii..tp abg isan sememangnye x nk mengecawakan aku..
dia terus pelawa aku suruh test INSPIRA...
wahhhh....mcm dalam mimpi plak..
hahaha..iye la kan..punye la nk rasa bawak auto CVT...
after that..aku bawak la dengan excited n happy..
aku sengaja je bawak2 pusing sampai sekitar kolej..
aduh..sayang nye..xde plak awek2 kt situ...
kalau x da lama aku hon2 kt diorg..
ternyata CVT mmg sedap bawak..pikup yg mengkagum kn..
yelah..kete pon bkn calang2 kete..
ala2 LANCER kn....
hmm..kalau member baik aku si ABOH ada skali
tentu dia suke gilew punyer..
rugi ko x ikot gua td...hmm
xpelah..kalau korang x caya...
aku kasi tunjuk gmbr sbgai bukti...

OK!!!

 selepas test drive inspira

 kete yg aku gune masa test drive

 misi nk test kete FLX x dpt dilaksana kan..

inspira
so itu saje la yg dpt aku kongsi..esok aku x sabar nk test FLX plak..ehehehe...!!



pandu uji 1...

entri kali ni agak panjang skit..
petang td aku g kt showroom proton kt jalan beserah..
aku ada temu janji ngn en norisan..
aku knl dia sbb dia suami kpd promoter aku masa aku keje TS dulu...
wahh..apa pasal aku tibe2 je kt showroom proton nih?
x kn nk beli kete lagi..saga FL aku pon still tgh fresh lg..hahaha
back to the topic..
aku g sana sbb aku nk senarai harga untuk saga FLX..
member kakak aku tgh usha2 kete saga..
sembang punye sembang..terlintas dlm fikiran..
aku nk cube gak bwk saga FLX..
sbb saga FLX skrg da ada gear box CVT.
menatang apa plak CVT tuh??hahaha..
CVT tu bermaksud CONTINUOUS VARIABLE TRANSMISSION..
dalam erti kata lain..bawak kereta mcm x pakai gear..lebih kurang mcm tu r.

korang nk tau apa terjadi??nanti aku bg sambungan nya....

supportive daripada kwn2..

cerita sambungan daripada entri sebelumnya
setelah aku luahkn kt member2 aku..
akhirnye aku berjaya pujuk hati aku..
aku x bole biarkn org dok pijak pala aku je..
I MUST DO SOMETHING
diorg amat memahami aku bile aku explainkn kt diorg..
yeah...terima kasih lah kwn2 rapat aku
sbb sudi dgr luahan perasaan aku..
n bg sokongan x berbelah bg..

xperlah...ari ni ari kau...esok2 satu hari nanti..it's my turn...

Wednesday, August 10, 2011

menangis lah selagi anda mampu menangis



air mata telah jatuh membasahi bumi
takka sanggup menghapus gelisah
penyesalan yg kini ada
jadi tak berarti
karna waktu yg bengis terus pergi

menangislah bila harus menangis
karena kita semua manusia
manusia bisa terluka manusia pasti menangis
dan manusia pun bisa mengambil hikmah

dibalik segala duka tersimpan hikmah
yg bisa kita petik pelajaran
dibalik segala suka tersimpan hikmah
yg kan mungkin bisa jadi cobaan